Wednesday, April 17, 2013

Assalamualaikum,
Saudara dan saudari yang budiman, didoakan anda semua di dalam keadaan yang ceria, sehat dan dirahmati Allah swt. Sudah sekian lama saya tidak menulis dalam blog ini, terpanggil juga untuk memaklumkan kepada anda bahawa  era transformasi pendidikan vokasional sudah mula diperkatakan dan diuar-uarkan dalam media-media elektronik dan cetak.  Bukan itu sahaja 'billboard' juga terpasang ditepi-tepi lebuhraya utama. Berita transformasi pendidikan vokasional telah merebak dan mendapat perhatian umum.
Kini terdapat sebanyak 71 Kolej Vokasional hasil dari naiktaraf SMV ke KV dan terdapat sebuah KV yang dinaiktaraf dari sebuah SMK. Kini juga terdapat 2 buah syarikat swasta sedang menjalankan program KV iaitu di Malaysian Aviation Technoly Academy (MATA) di Kuantan dan Malaysian Institute Technology Academy di Shah Alam. Program KV diperluaskan lagi kepada  11 buah Institute Latihan Kemahiran Awam ( ILP) yang akan mula beroperasi mulai Julai ini. Bukan itu saja, malah akan ada dua lagi pihak swasta yang akan menjalankan program KV ini. Untuk makluman anda semua sasaran pelajar KV pada tahun 2018 adalah melebehi 200,000 orang.