Wednesday, April 17, 2013
Tuesday, December 18, 2012
SETAHUN DI BPTV APA SUMBANGAN MU....
Pada pemerhatian saya, yang dah pasti pegawai-pegawai di BPTV, sibuk-sibuk belaka dengan berbagai-bagai kerja transformasi. Transformasi pendidikan vokasional ini dilaksanakan penuh komited bermula dengan pengarahnya hinggalah staf di ranking terendah. Yang menjadi kekuatan transformasi ini, bukan hanya warga di BPTV malahan lain-lain pegawai di KPM turut bekerja keras sehinggalah kepada Menteri Pelajaran sendiri. Mudah-mudahan pengorbanan semua pihak di KPM akan menghaslikan kejayaan yang luar biasa. Saya di Sektor Pengurusan Sekolah berperanan memotivasikan warga Kolej Vokasional dengan menjaga kebajikan mereka seperti hal-hal berkaitan kenaikan pangkat dan membantu sekolah agar sentiasa cemerlang dan selesa kepada pelajar-pelajar. Doa saya kepada semua warga KV kini dan akan datang sambutlah transformasi ini penuh dengan kesungguhan dan keyakinan. Kami di BPTV sentiasa membantu...
Tuesday, August 21, 2012
SELAMAT IDILFITRI 1433 H
IDILFITRI MENJADI LEBIH BERMAKNA SEKIRANYA PENGISIAN RAMADHAN DISEMPURNAKAN MENGIKUT LANDASAN SYARIAH YANG SEBENAR. IDILFITRI BUKAN SATU AMALAN BUDAYA TURUN TEMURUN TETAPI IA ADALAH SATU IBADAT YANG PERLU DILAKSANAKAN OLEH SETIAP INDIVIDU MUSLIM. CARA MENYAMBUT IDILFITRI HENDAKLAH MENEPATI KEHENDAK ISLAM SEPERTI AMALAN ZIARAH MENZIARAHI SAMBIL BERMAAFAN BAGI TUJUAN MENGERATKAN SILATURRAHIM DAN PERPADUAN UMMAH. YANG MUDA MENGHORMATI ORANG LEBIH TUA SEBALIKNYA YANG TUA MENGASIHI YANG LEBIH MUDA. KEKUATAN UMMAH TIDAK MEMBEZAKAN YANG KAYA DAN MISKIN, YANG PENTING SEKALI BUANG SIKAP BONGKAK DAN EGO.Monday, November 21, 2011
TERIMA KASIH PIBG SMTM
SELAMAT BERCUTI GURU DAN PELAJAR SMTM
Monday, October 31, 2011
BALAS JASA SEKOLAH
Wednesday, October 26, 2011
JOM MASUK SMTM
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DAN HEM SMTM
Sunday, October 23, 2011
MAJLIS GRADUASI SULUNG SMTM
Friday, September 2, 2011
Sunday, August 21, 2011
API ! API ! API !
Saturday, August 20, 2011
KASIH SMTM KE PAYASUM
KASIH ANAK YATIM
Sunday, August 7, 2011
SMTM CENTRE OF EXCELLENCE BAGI PKA DAN BIOLOGY
Sunday, July 31, 2011
RAMADHAN AL-MUBARAK 1432 H
INFO: 1 OGOS - CUTI 1 RAMADHAN (MELAKA)
2 OGOS- CUTI GANTI SEMPENA LARIAN 1M,1MURID, 1 SUKAN
PELAJAR ASRAMA DIBENARKAN BALIK KAMPUNG SETIAP HUJUNG
MINGGU RAMADHAN.
SELAMAT BERPUASA RAMADHAN AL MUBARAK
Friday, July 22, 2011
PENERIMA APC2010 SMTM
Penerima APC 2010 SMTM
TAHNIAH ! SEMOGA MENJADI PEMANGKIN AGAR LEBIH CEMERLANG PADA MASA YANG AKAN DATANG.
Thursday, July 21, 2011
BUDAYA BELAJAR JAMIN KEJAYAAN
Berbagai program diwujudkan semata-mata untuk kamu membiasakan diri mengutamakan belajar, kami risau kini kerana belum nampak petanda-petanda kamu dah bijak mengurus diri. Hanya 4 bulan lagi untuk kamu diuji, pelajar Tingkatan 4 untuk berhadapan dengan peperiksaan akhir tahun, pelajar tingkatan 5 berhadapan dengan SPM. Janganlah lagi berdolak dalik dengan guru, laksanakan saja apa yang disuruh, setiap suruhan yang dilaksanakan itu akan meningkatkan nilai diri. Percayalah, jika budaya belajar sudah sebati pada diri kamu, kejayaan dan kecemerlangan akan menanti. Selamat belajar, didoakan kamu semua diberkati. Amin.......
Saturday, July 16, 2011
PROGRAM KECEMERLANGAN BERSEPADU

SMTM- Hari ini 16 Julai 2011 Sekolah Menengah Teknik Melaka telah mengadakan program kecemerlangan bersepadu anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG. Kira-kira 200 ibu-bapa pelajar sekolah telah dapat hadir bersama. Program ini terdiri daripada Majlis Dialog di antara AJK PIBG-Pentadbir Sekolah dengan para ibu-bapa yang hadir. Selain itu ceramah serta pameran anti-merokok yang dikelolakan oleh Jabatan Kesihatan Melaka. Setelah kedua-dua program tersebut selesai, ibu-bapa diberi peluang bertemu dengan guru-guru tingkatan bagi membincangkan prestasi akademik anak masing-masing. Program telah selamat dijayakan pada jam 2.30 petang.
Ceramah anti-merokok yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan telah memberi penekanan tentang bahayanya asap rokok kepada mereka yang tidak merokok dan kesan yang burok kepada kesihatan perokok sehingga boleh membawa maut. Tambahnya lagi, pihak Jabatan Kesihatan kan mengenakan kompaun kepada mana-mana individu yang tertangkap kerana merokok dengan kadar RM50.00 kepada pelajar dan RM250 kepada warga kerja sekolah termasuk pelawat kerana kawasan sekolah adalah zon larangan merokok.
Majlis dialog telah memberi peluang kepada para ibu-bapa menyampaikan cadangan-cadangan bagi meningkatkan peningkatan akademik termasuk isu-isu berkaitan dengan keselamatan pelajar dan komunikasi, pihak sekolah menjadikan segala teguran dan pandangan sebagai positif dan sedia untuk membuat penambahbaikan. Derma kilat sebagai tanda pelancaran untuk mengumpul dana bagi menaik tarafkan perpustakaan sekolah telah dilancarkan dan mendapat sambutan yang baik.
Pihak sekolah mengalu-alukan kerjasama dan sumbangan daripada ibu-bapa bagi membantu sekolah samada dalam bentuk sumbangan kepakaran atau material. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya PIBG yang amat komited untuk membantu sekolah.
SMTM KE ARAH SBT
Saturday, July 9, 2011
SEMINAR OUTREACH BIL. 1/2011
Pada petang 8 Julai (Jumaat), Majlis Perasmian Outreach telah disempurnakan oleh YB Tim Menteri Pelajaran,Dr Fuad Zarkashi bertempat di Central One Batu Pahat. Di situ juga diadakan pameran untuk orang ramai. Terdapat 14 boost pameran daripada 14 buah SMV dan SMT Zon Selatan. Zon Melaka-NS telah diwakili oleh SMT Dato' Lela Maharaja, Rembau.
Pengarah BPTV telah menyampaikan Ucapan dan Prasmian Penutup pada jam 11.00 pagi , 9 Julai. Tahniah BPTV dan Zon Johor atas kejayaan mengelolakan Program Outreach kali pertama. Program outreach seterusnya akan diadakan di Zon Utara pada 22-24 Julai , Kedah sebagai tuan rumah, manakala Zon Sabah dan Zon Sarawak pada bulan Oktober akan datang.




