Wednesday, October 26, 2011

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DAN HEM SMTM

25 OKT. 2011: SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA TELAH SELAMAT MENGADAKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID TAHUN 2011 PADA PETANG 25 OKT. 2011. MAJLIS TELAH BERLANGSUNG DI DEWAN WAWASAN SMTM.  TUJUAN UTAMA MAJLIS DIADAKAN ADALAH UNTUK MEMBERI PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR DAN GURU-GURU YANG TELAH MENCAPAI KEJAYAAN DAN BERJAYA MENINGKATKAN IMEJ SEKOLAH DI PERINGKAT DAERAH HINGGA KERBANGSAAN. DISAMPING ITU JUGA UNTUK MENGHARGAI PELAJAR-PELAJAR YANG TELAH TERBINA SAHSIAH DAN SIKAP TERPUJI. KECEMERLANGAN DI DALAM MENGURUS KELAB/PERSATUAN DAN MENGELOLA PROGRAM-PROGRAM JUGA DIHARGAI. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR DAN GURU YANG MENERIMA ANUGERAH PADA MAJLIS TERSEBUT YANG DIADAKAN SECARA TAHUNAN.
SAYA MEWAKILI BARISAN PENTADBIR SMTM MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPAD GURU-GURU YANG TELAH MEMBIMBING PELAJAR SEPANJANG 2011 DAN TERIMA KASIH KEPADA JK PENGELOLA MAJLIS ANUGERAH.
SAYA BAGI PIHAK WARGA SMTM MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA TN HJ WAN MOHD NOR BIN WAN ENDUT, TIM. PENGARAH PENGURUSAN AKADEMIK, BPTV YANG TELAH MERASMIKAN MAJLIS TERSEBUT. TERIMA KASIH JUGA KEPADA TETAMU-TETAMU  YANG DAPAT HADIR IAITU EN MOHD SHAHROM DARI PPD MELAKA TENGAH, KETUA INSPEKTOR    EN JOHARI SELAKU PEGAWAI PERHUBUNGAN (POLIS) SMTM
DAN EN MD NOOR AJK PIBG. MOHON MAAF JIKA ADA SEBARANG KELEMAHAN.

Sunday, October 23, 2011

MAJLIS GRADUASI SULUNG SMTM

MAJLIS GRADUASI KALI PERTAMA SMTM AKAN BERLANGSUNG PADA 3 NOV. 2011 BERTEMPAT DI AUDITORIUM MASJID AL-AZIM MELAKA (MASJID NEGERI MELAKA). SEJAK KELUARAN PERTAMA SMTM PADA TAHUN 1974 HINGGALAH KELUARAN YANG KE 37 PADA TAHUN 2010 SMTM TIDAK PERNAH MENGADAKAN MAJLIS GRADUASI. KELUARAN KALI INI IATU YANG KE 38, AKAN DIRAIKAN SEMPENA TAMAT PENGAJIAN SEBAGAI WARGA PELAJAR DI SMTM. DI ANTARA OBJEKTIF MENGADAKAN MAJLIS GRADUASI ADALAH SEBAGAI TITIK PERMULAAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMTM UNTUK MELANGKAH KE MENARA GADING. MAJLIS GRADUASI KALI INI AKAN DISERTAI OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 DAN TINGKATAN 6 ATAS SEBELUM MASING-MASING MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM. DENGAN ADANYA MAJLIS SEUMPAMA INI AKAN MEMBAKAR SEMANGAT PELAJAR UNTUK TERUS BERJAYA DAN MELAYAKAN DIRI DI DALAM MAJLIS YANG LEBIH BESAR SEPERTI KONVOKESYEN YANG MENJADI IMPIAN SEMUA PELAJAR-PELAJAR SEBAGAI MERAIKAN TAMAT PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA DAN TERUS KE PERINGKAT TERTINGGI PENCAPAIAN AKADEMIK IAITU DOKTOR FALSAFAH (phD).   
KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5 DAN TINGKATAN 6 ATAS ( PRA-UNIVERSITI TAHUN 2) PADA TAHUN INI, ANDA SEHARUSNYA BERSYUKUR KERANA KUMPULAN ANDA MERUPAKAN PENGUKIR SEJARAH SMTM MENGADADAKAN MAJLIS GRADUASI. SEMOGA ANDA DAPAT MENERUSKAN PELAJARAN SEHINGGA KE MENARA GADING BAGI MEMPEROLEHI IJAZAH DALAM BIDANG MASING-MASING.
SAYA BAGI PIHAK WARGA SMTM MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA DATO' PROFESOR MADYA ABU BAKAR BIN MD DIAH SELAKU CEO JABATAN R & D NEGERI MELAKA KERANA SUDI MENYEMPURNAKAN MAJLIS KAMI. 
MAJLIS SOLAT HAJAT BAGI MENDOAKAN KEJAYAAN SPM DAN STPM 2011 AKAN DIADAKAN DI MASJID AL-AZIM SELEPAS SOLAT ZOHOR PADA HARI YANG SAMA DAN AKAN DI SEMPURNAKAN BERSAMA IMAM BESAR MASJID AL-AZIM, MELAKA.

Sunday, August 21, 2011

API ! API ! API !

SMTM - Tanggal 19 Ogos baru-baru ini asrama SMTM digemparkan dengan teriakan api ! api ! api ! bermula jam 3.30 pagi dengan diiringi bunyi siren kebakaran. Kelihatan waden asrama dan sebilangan pelajar asrama bergegas ke dorm bagi memastikan setiap pelajar telah bangun untuk menyelamatkan diri. Kedengaran sayup-sayup bunyi siren bomba dan dalam beberapa minit sahaja dua buah trak bomba telah tiba di tempat perhimpunan kebakaran. Seorang anggota bomba telah mendapatkan laporan daripada seorang waden pada pagi tersebut. Dalam beberapa minit kemudian beberapa orang pelajar aspura telah dibawa ketempat perhimpunan. Setelah semuanya berhimpun, ketua pasukan bomba En Ayub menyampaikan laporan dan komen, antara lain beliau memaklumkan bahawa masa yang diambil oleh pelajar berhimpun adalah 15 minit tetapi beberapa orang pelajar yang lewat dikatakan terkorban. Pengetua SMTM dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat dari Ayer Keroh, Melaka seramai 14 orang kerana komitmen mereka dalam menjayakan program latihan kebakaran peringkat asrama SMTM. Hadir sama ialah GPK Hem, Ketua Waden, Ketua Penyelia Asrama dan waden-waden asrama (En Rosmainy, Pn Fazilah, Cik Cahaya, Cik Faraelyza, En Halim dan Cik Nor Ain). Sebaik sahaja selesai program latihan kebakaran pada jam 4.30 pagi, kami warga SMTM bersama-sama dengan anggota bomba bersahur di dewan makan asrama. Ini adalah latihan kebakaran di asrama pertama kali dalam tempoh se dekad di SMTM. Semoga pelajar-pelajar asrama menjadikan iktibar dari peistiwa semasa latihan dilaksanakan. Jangan jadikan mengantuk sebagai alasan tidak mahu menyelamatkan diri anda. Selamatkan diri anda terlebih dahulu, bantulah rakan-rakan yang lain jika ada peluang dan ruang.

Saturday, August 20, 2011

KASIH SMTM KE PAYASUM

SMTM- Pada 22 Ogos yang lalu, sekali lagi SMTM menganjurkan program khidmat masyarakat di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Kali ini anak-anak yatim dan miskin PAYASUM menjadi pilihan. PAYASUM ialah Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Miskin Paya Rumput, Sg.Udang, Melaka. Seramai 110 orang pelajar Tingkatan 5. Pelajar-pelajar SMTM telah bergotong royong menyediakan sajian berbuka puasa dan menyusun kerusi meja bersama-sama dengan warga PAYASUM, pembekal makanan juga di bawa oleh SMTM. Terdapat 106 anak-anak yatim dan miskin di PAYASUM yang terdiri lebih kurang 80 orang perempuan dan 35 lelaki berumur dari 9 hingga 17 tahun. Sebelum berbuka, Ustaz Mohd Yusof guru sukarela dan Bendahari PAYASUM telah sempat mengadakan tahlil. Penyelia PAYASUM, Tn Hj Sopian juga salah seorang Lembaga Pengarah PAYASUM telah menyambut dan mengalu-alukan kehadiran Pengetua dan GPK HEM Sekolah Menengah Teknik Melaka kerana sudi bersama-sama menjayakan program. Setelah berbuka, kami menunaikan solat maghrib berjemaah dan disambung dengan tazkirah. Setelah solat isyak dan tarawih, majlis ucapan telah diadakan di perkarangan asrama puteri di situ. Pengetua SMTM dan Penyelia PAYASUM telah menyampaikan ucapan dan diteruskan dengan penyerahan hadiah-hadiah oleh setiap pelajar SMTM kepada setiap anak-anak yatim dan miskin PAYASUM. Pelajar Kelas 5A1 telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Penyelia. Kami warga SMTM mula meninggalkan PAYASUM jam 10.00 malam. Terima kasih kepada pihak PAYASUM dan guru-guru SMTM (Pn Sharifah dan En Rosmaini) yang bersama-sama menjayakan program. Harapan kami agar warga SMTM diberkati atas keprihatinan terhadap anak-anak yatim dan miskin.

KASIH ANAK YATIM

SMTM- Pelajar-pelajar dari Kelas 5P telah membuat kunjungan ke Pertubuhan Kebajikan dan Anak Yatim Daerah Jasin, Melaka pada 16 Ogos yang lalu. Tujuan kunjungan adalah untuk menjayakan Program Khidmat Masyarakat selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan yang bertanggungjawab dan prihatin kepada masyarakat. Pelajar-pelajar Kelas 5 Perdagangan ini mengadakan aktiviti bimbingan akademik disamping lain-lain acara seperti pertandingan mewarna di kalangan anak-anak yatim di sana. Tuan Pengetua SMTM dan Tn Hj Ghafar selaku Naib Pengerusi bagi pertubuhan anak yatim telah sempat menyampaikan ucapan sejurus sebelum waktu berbuka puasa. Pelajar-pelajar SMTM amat teruja menjayakan program dan melayani anak-anak yatim dengan penuh kasih sayang. Setiap pelajar SMTM telah menyediakan hadiah untuk setiap anak yatim di situ. Juadah berbuka puasa dan sumbangan telah ditaja oleh pelajar-pelajar sendiri. Semoga pelajar-pelajar Kelas 5P mendapat keberkatan dalam bulan Ramadhan ini dan menjadi warga yang penyayang.

Sunday, August 7, 2011

SMTM CENTRE OF EXCELLENCE BAGI PKA DAN BIOLOGY

Bukit Bintang: Mesyuarat Pemantapan Prestasi 10 SMT telah diadakan baru-baru ini di Hotel Coronade, Bukit Bintang KL. Mesyuarat kali ini terdiri daripada semua pengetua 10 SMT dan pegawai-pegawai BPTV Sektor Pengurusan Akademik. Tujuan mesyuarat adalah untuk menghasilkan pelan-pelan tindakan bagi memantapkan prestasi 10 SMT. SMTM telah diamanahkan sebagai Pusat Kecemerlangan ( COE) bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam dan Biology bagi kumpulan 10 SMT ini. SMTM sedia memikul amanah ini sebagai tanggungjawab khususnya kepada panitia-panitia PKA dan Biology. Selaku COE bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut,ini bermakna SMTM perlu mensasarkan ke arah menjadikan mata pelajaran PKA dan Biology adalah yang terbaik di kalangan 10 SMT. Kepada panitia-panitia PKA dan Bio diharapkan dapat menyediakan strategi yang berkesan bagi merialisasikan aspirasi BPTV dan 10 SMT. Kita bermula hari ini untuk meraih hasilnya dihari esok. Kecemerlangan bukan mudah diperolehi tetapi tidak mustahil bagi mereka yang benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Selamat berjaya kepada semua warga SMTM khususnya panitia-panitia PKA dan Bio, kami pentadbir sentiasa bersama.