Sudah pun sampai di penghujung tahun 2012, ini bermakna hampir setahun aku berada di BPTV, KPM. Kadangkala bertanya pada diriku apakah sumbangan dan jasa yang telah ku tabur sepanjang berada di BPTV. Semasa jadi pengetua sekolah dulu, setiap awal tahun bila keputusan SPM diumumkan, dapat diukur dan menilai diri sendiri. Duduk di BPTV, kadangkala tak tahu macamana nak ukur prestasi sendiri, banyak bergantung pada orang lain seperti pegawai-pegawai bawahan, rakan sejawat di BPTV rakan-rakan pengetua lebih-lebih lagi pegawai-pegawai atasan.
Pada pemerhatian saya, yang dah pasti pegawai-pegawai di BPTV, sibuk-sibuk belaka dengan berbagai-bagai kerja transformasi. Transformasi pendidikan vokasional ini dilaksanakan penuh komited bermula dengan pengarahnya hinggalah staf di ranking terendah. Yang menjadi kekuatan transformasi ini, bukan hanya warga di BPTV malahan lain-lain pegawai di KPM turut bekerja keras sehinggalah kepada Menteri Pelajaran sendiri. Mudah-mudahan pengorbanan semua pihak di KPM akan menghaslikan kejayaan yang luar biasa. Saya di Sektor Pengurusan Sekolah berperanan memotivasikan warga Kolej Vokasional dengan menjaga kebajikan mereka seperti hal-hal berkaitan kenaikan pangkat dan membantu sekolah agar sentiasa cemerlang dan selesa kepada pelajar-pelajar. Doa saya kepada semua warga KV kini dan akan datang sambutlah transformasi ini penuh dengan kesungguhan dan keyakinan. Kami di BPTV sentiasa membantu...