Wednesday, April 17, 2013

Assalamualaikum,
Saudara dan saudari yang budiman, didoakan anda semua di dalam keadaan yang ceria, sehat dan dirahmati Allah swt. Sudah sekian lama saya tidak menulis dalam blog ini, terpanggil juga untuk memaklumkan kepada anda bahawa  era transformasi pendidikan vokasional sudah mula diperkatakan dan diuar-uarkan dalam media-media elektronik dan cetak.  Bukan itu sahaja 'billboard' juga terpasang ditepi-tepi lebuhraya utama. Berita transformasi pendidikan vokasional telah merebak dan mendapat perhatian umum.
Kini terdapat sebanyak 71 Kolej Vokasional hasil dari naiktaraf SMV ke KV dan terdapat sebuah KV yang dinaiktaraf dari sebuah SMK. Kini juga terdapat 2 buah syarikat swasta sedang menjalankan program KV iaitu di Malaysian Aviation Technoly Academy (MATA) di Kuantan dan Malaysian Institute Technology Academy di Shah Alam. Program KV diperluaskan lagi kepada  11 buah Institute Latihan Kemahiran Awam ( ILP) yang akan mula beroperasi mulai Julai ini. Bukan itu saja, malah akan ada dua lagi pihak swasta yang akan menjalankan program KV ini. Untuk makluman anda semua sasaran pelajar KV pada tahun 2018 adalah melebehi 200,000 orang.

Tuesday, December 18, 2012

SETAHUN DI BPTV APA SUMBANGAN MU....

Sudah pun sampai di penghujung tahun 2012, ini bermakna hampir setahun aku berada di BPTV, KPM. Kadangkala bertanya pada diriku apakah sumbangan dan jasa yang telah ku tabur sepanjang berada di BPTV. Semasa jadi pengetua sekolah dulu, setiap awal tahun bila keputusan SPM diumumkan, dapat diukur dan menilai diri sendiri. Duduk di BPTV, kadangkala tak tahu macamana nak ukur prestasi sendiri, banyak bergantung pada orang lain seperti pegawai-pegawai bawahan, rakan sejawat di BPTV rakan-rakan pengetua lebih-lebih lagi pegawai-pegawai atasan.
Pada pemerhatian saya, yang dah pasti pegawai-pegawai di BPTV, sibuk-sibuk belaka dengan berbagai-bagai kerja transformasi.  Transformasi pendidikan vokasional ini dilaksanakan penuh komited bermula dengan pengarahnya hinggalah staf di ranking terendah. Yang menjadi kekuatan transformasi ini, bukan hanya warga di BPTV malahan lain-lain pegawai di KPM turut bekerja keras sehinggalah kepada Menteri Pelajaran sendiri. Mudah-mudahan pengorbanan semua pihak di KPM akan menghaslikan kejayaan yang luar biasa. Saya di Sektor Pengurusan Sekolah berperanan memotivasikan warga Kolej Vokasional dengan menjaga kebajikan mereka seperti hal-hal berkaitan kenaikan pangkat dan membantu sekolah agar sentiasa cemerlang dan selesa kepada pelajar-pelajar. Doa saya kepada semua warga KV kini dan akan datang sambutlah transformasi ini penuh dengan kesungguhan dan keyakinan. Kami di BPTV sentiasa membantu...

Tuesday, August 21, 2012

SELAMAT IDILFITRI 1433 H


IDILFITRI MENJADI LEBIH BERMAKNA SEKIRANYA PENGISIAN RAMADHAN DISEMPURNAKAN MENGIKUT LANDASAN SYARIAH YANG SEBENAR. IDILFITRI BUKAN SATU AMALAN BUDAYA TURUN TEMURUN TETAPI IA ADALAH SATU IBADAT  YANG PERLU DILAKSANAKAN OLEH SETIAP INDIVIDU MUSLIM. CARA MENYAMBUT IDILFITRI HENDAKLAH MENEPATI KEHENDAK ISLAM SEPERTI AMALAN ZIARAH MENZIARAHI SAMBIL BERMAAFAN BAGI TUJUAN MENGERATKAN SILATURRAHIM DAN PERPADUAN UMMAH. YANG MUDA MENGHORMATI ORANG LEBIH TUA SEBALIKNYA YANG TUA MENGASIHI YANG LEBIH MUDA. KEKUATAN UMMAH TIDAK MEMBEZAKAN YANG KAYA DAN MISKIN, YANG PENTING SEKALI BUANG SIKAP BONGKAK DAN EGO.


Monday, November 21, 2011

TERIMA KASIH PIBG SMTM

MESYUARAT AGUNG KHAS PIBG SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA TELAH DIADAKAN PADA 18 NOV. YANG LALU. MESYUARAT INI DIADAKAN ADALAH BERTUJUAN MEMBERIKAN TAKLIMAT PENTING BERKAITAN DENGAN SENARIO SMTM PADA TAHUN 2012 DAN SETERUSNYA UNTUK MELULUSKAN BEBERAPA USUL/CADANGAN. PERKARA-PERKARA YANG TELAH DITAKLIMATKAN  IALAH:-
1. PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN- SMTM TELAH MELAKSANAKAN PENYAMPAIAN TERSEBUT KEPADA 97.3% PELAJAR YANG HADIR.
2. DASAR MBMMBI- BAHASA PENGANTAR BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS ADALAH BI ATAU BM ATAU DWIBAHASA.
3. RINTIS PROGRAM PEMANTAPAN PROFESYEN GURU- SMTM TELAH DIPILIH MANJALANI RINTIS PADA TAHUN 2012.
4. MEMANTAPKAN PROGRAM DASAR 1M 1S.
5. MELULUSKAN USUL/CADANGAN PROGRAM-PROGRAM TAHUN 2012.
6. MELULUSKAN USUL/CADANGAN SUMBANGAN PIBG UNTUK MENINGKATKAN KECERIAAN SEKOLAH.

TUAN PENGETUA JUGA TELAH SEMPAT MENYAMPAIKAN TAKLIMAT MENGENAI TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA IBU-BAPA YANG HADIR DALAM MESYUARAT DAN SOKONGAN PADU KE ATAS ASPIRASI SMTM.   


SELAMAT BERCUTI GURU DAN PELAJAR SMTM

21 NOV.- HARI PERTAMA CUTI DI AKHIR TAHUN TELAH MENAMPAKAN SUASANA SEKOLAH YANG AMAT BERBEZA DARI HARI-HARI BIASA. KETIADAAN GURU-GURU DAN PELAJAR TINGKATAN 4 CUKUP TERASA KERANA TIDAK LAGI MENDENGAR DAN MELIHAT SUARA-SUARA DAN KELIBAT PELAJAR BERGERAK DI SEKITAR SEKOLAH. BILIK GURU LENGANG SEUMPAMA KOTA KUALA LUMPUR SEMASA BERCUTI RAYA. WAHAI PELAJAR SMTM, TUJUH MINGGU BERCUTI ADALAH SATU TEMPOH YANG PANJANG, JIKA KAMU MENGGUNAKANNYA DENGAN BAIK, KAMU BAKAL BERUNTUNG TETAPI SEBALIKNYA JIKA KAMU LEKA DAN MEMBAZIRKAN MASA PADA YANG TIDAK BERFAEDAH NESCAYA BAKAL MENGUNDANG KESALAN KETIKA DI TINGKATAN LIMA NANTI. JUSTERU INGATLAH PESANAN INI URUSKAN MASA DENGAN BAIK DAN MENTELAAH MATA PELAJARAN. MEMBANTU IBU DAN BAPA DI RUMAH DAN JANGAN ASYIK MENGHABISKAN MASA BERSAMA RAKAN-RAKAN. JANGAN TIDUR TERLALU LEWAT MALAM KERANA IA CENDERUNG MELAYANI MIMPI SEHINGGA MELANGKAU WAKTU SUBUH. INSAN CEMERLANG BIJAK MENGGUNAKAN MASA DAN TIDAK MENINGGALKAN SOLAT.
WAHAI WARGA PENDIDIK SMTM, SAYA DOAKAN ANDA SEMUA BERBAHAGIA BERSAMA KELUARGA DISAMPING MENCARI DAN MENAMBAH ILMU DAN STRATEGI BAGI BERHADAPAN DENGAN CABARAN-CABARAN DI TAHUN 2012. PENINGKATAN AZAM DAN INOVASI ADALAH FAKTOR PENENTU KECEMERLANGAN BAGI MERIALISASIKAN VISI SMTM. BERSEDIALAH UNTUK MENCORAK SMTM DENGAN WARNA-WARNA KEJAYAAN DAN SESUNGGUHNYA KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG TANPA USAHA YANG BERKESAN. SELAMAT BERCUTI DAN JUMPA LAGI DI TAHUN 2012. 

Monday, October 31, 2011

BALAS JASA SEKOLAH

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011 AKAN MELABUHKAN TIRAI SECARA RASMI PADA 18 NOVEMBER.  PELAJAR TINGKATAN 4 AKAN TAMAT PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DALAM BEBERAPA HARI SAJA LAGI MANAKALA PELAJAR TINGKATAN 5 AKAN MENINGGALKAN SEKOLAH SEBAIK SAHAJA KERTAS SPM TERAKHIR NYA SELESAI DIJANGKA PADA 14 DISEMBER NANTI.
SEPANJANG TAHUN INI PIHAK SEOLAH TELAH MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG DIJANGKA MEMBERIKAN IMPAK POSITIF KEPADA PELAJAR. PELBAGAI STRATEGI DIADAKAN BAGI MEMBUDAYAKAN PELAJAR DENGAN SIKAP SUKA BELAJAR DENGAN PENUH HARAPAN PELAJAR MAMPU MENGURUSKAN DIRI DI MASA KETIADAAN GURU. SELAIN DARI ITU PROGRAM MEMBENTUK SIKAP YANG MEMPUNYAI NILAI-NILAI KEROHANIAN DAN KEPRIBADIAN MULIA JUGA TELAH DILAKSANAKAN.
PIHAK SEKOLAH TELAH MEMBERIKAN DAN MENCURAHKAN ILMU PENGETAHUAN SECUKUPNYA AGAR DAPAT MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERGUNA. INGATLAH, KEJAYAAN YANG BAKAL KAMU KECAPI NANTI ADALAH HASIL USAHA WARGA PENDIDIK SMTM JUGA. PERUMPAMAAN-PERUMPAMAAN BOLEH MEMBERIKAN KESEDARAN KEPADA KAMU SEPERTI;
1. TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG, APATAH LAGI TEMPAT BELAJAR.
2. JANGAN JADI SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT.
3. ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA.
4. ADA UBI ADA BATAS, ADA BUDI ADA BALAS.

JUSTERU, WAHAI LEPASAN SMTM KEMBALILAH KE PANGKUAN KAMI PABILA KAMU BERADA DI PUNCAK KEJAYAAN. SELAMAT MAJU JAYA..

Wednesday, October 26, 2011

JOM MASUK SMTM

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA ADALAH SALAH SEBUAH DARIPADA SEMBILAN BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PRIMIER DI MALAYSIA. SMTM MULA BEROPERASI PADA TAHUN 1973 DAN MENGELUARKAN BATCH YANG PERTAMA PADA TAHUN 1974. KINI SMTM TELAH BERUSIA 39 TAHUN DAN INSYAALLAH TAHUN HADAPAN KITA AKAN MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 40. SMTM TELAH MELAHIRKAN RAMAI PROFESIONAL DALAM BIDANG KEJURUTERAAN DAN SAINS. DAN TIDAK KURANG JUGA MENJADI AHLI KOPERAT YANG BERJAYA.
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KINI DALAM PROSES TRANFORMASI IAITU MENGARUS PERDANAKAN BIDANG VOKASIONAL. SALAH SATU BIDANG PENGHASILAN UTAMA (MKRA) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA IALAH MEMPERLUASKAN BIDANG VOKASIONAL BUKAN SAHAJA DENGAN MENUKAR SEBANYAK 78 BUAH SMT KEPADA SMV TETAPI JUGA AKAN MENUKARKAN ATAU MEMPERLUASKAN PENDIDIKAN VOKASIONAL  KE SEKOLAH MENENGAH RENDAH YANG LAIN MELALUI PROGRAM PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV). OBJEKTIF UTAMA ADALAH UNTUK MENGELUARKAN BAKAL-BAKAL LULUSAN KEBOLEHKERJAAN PADA USIA YANG LEBIH MUDA.
SMTM AKAN KEKAL SEBAGAI SEKOLAH YANG MENERAJUI PENDIDIKAN TEKNIKAL DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. SMTM TETAP BERFUNGSI SELAKU PENYEDIA PENDIDIKAN TEKNIKAL ARUS PERDANA DAN TERUS MELAHIRKAN BAKAL TEKNOKRAT, SAINTIS PERTANIAN, JURUTERA DAN AKAUNTAN YANG LEBIH BERPOTENSI DAN BERKOMPETITIF SEMASA BERADA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. PARA LULUSAN SPM DI SMTM BAKAL MELANJUTKAN PELAJARAN DI MATRIKULASI TEKNIKAL, IPTA SEPERTI UTM,UTHM, UTEM, UPM DAN IPTS YANG MENAWARKAN KURSUS DIPLOMA. SELAIN ITU LULUSAN SMTM BOLEH TERUS MELANJUTKAN PELAJARAN KE POLITEKNIK SELURUH MALAYSIA. SMTM MENAWARKAN KURSUS DALAM JURUSAN KEJURUTERAAN AWAM, KEJ. ELEKTRIK & ELEKTRONIK, KEJ. MEKANIKAL, PERDAGANGAN/PERAKAUNAN DAN SAINS PERTANIAN.
STRATEGI BAGI MEMANTAPKAN KELUARAN SMTM IALAH DENGAN CARA MENAMBAH NILAI PELAJAR-PELAJAR KAMI MELALUI PROGRAM-PEROGRAM DWI-PENSIJILAN. KAMI TELAH MEMULAKAN LANGKAH MENGADAKAN KOLABORASI DENGAN PIHAK-PIHAK AGENSI LUAR SAMAADA SEKTOR AWAM ATAU SWASTA DAN PIHAK IPTA DAN IPTS.
LULUSAN SMTM AKAN DILENGKAPKAN DENGAN NILAI-NILAI PROFESIONAL DAN KEROHANIAN.YANG MAMPU MENJADI MODAL INSAN YANG DIHARAPKAN OLEH NEGARA.
KEPADA PELAJAR LEPASAN PMR TAHUN 2011, ANDA BOLEH MEMOHON MASUK KE SMTM DENGAN SYARAT ANDA ORANG YANG BERKUALITI. JOM MASUK SMTM, ANDA TAK AKAN MENYESAL.