SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011 AKAN MELABUHKAN TIRAI SECARA RASMI PADA 18 NOVEMBER. PELAJAR TINGKATAN 4 AKAN TAMAT PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DALAM BEBERAPA HARI SAJA LAGI MANAKALA PELAJAR TINGKATAN 5 AKAN MENINGGALKAN SEKOLAH SEBAIK SAHAJA KERTAS SPM TERAKHIR NYA SELESAI DIJANGKA PADA 14 DISEMBER NANTI.
SEPANJANG TAHUN INI PIHAK SEOLAH TELAH MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG DIJANGKA MEMBERIKAN IMPAK POSITIF KEPADA PELAJAR. PELBAGAI STRATEGI DIADAKAN BAGI MEMBUDAYAKAN PELAJAR DENGAN SIKAP SUKA BELAJAR DENGAN PENUH HARAPAN PELAJAR MAMPU MENGURUSKAN DIRI DI MASA KETIADAAN GURU. SELAIN DARI ITU PROGRAM MEMBENTUK SIKAP YANG MEMPUNYAI NILAI-NILAI KEROHANIAN DAN KEPRIBADIAN MULIA JUGA TELAH DILAKSANAKAN.
PIHAK SEKOLAH TELAH MEMBERIKAN DAN MENCURAHKAN ILMU PENGETAHUAN SECUKUPNYA AGAR DAPAT MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERGUNA. INGATLAH, KEJAYAAN YANG BAKAL KAMU KECAPI NANTI ADALAH HASIL USAHA WARGA PENDIDIK SMTM JUGA. PERUMPAMAAN-PERUMPAMAAN BOLEH MEMBERIKAN KESEDARAN KEPADA KAMU SEPERTI;
1. TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG, APATAH LAGI TEMPAT BELAJAR.
2. JANGAN JADI SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT.
3. ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA.
4. ADA UBI ADA BATAS, ADA BUDI ADA BALAS.
JUSTERU, WAHAI LEPASAN SMTM KEMBALILAH KE PANGKUAN KAMI PABILA KAMU BERADA DI PUNCAK KEJAYAAN. SELAMAT MAJU JAYA..
No comments:
Post a Comment