Tuesday, May 31, 2011

GENAP SETAHUN DI SMTM

HARI INI GENAPLAH SETAHUN SAYA DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA. BUKIT PIATU. DALAM TEMPOH INI TIDAK BANYAK BOLEH DILAKUKAN PADA PERINGKAT AWAL KETIBAAN SAYA PADA 1 JUN 2010. MASIH DALAM INGATAN KETIKA ITU PELAJAR TINGKATAN 5 BELUM BERSEDIA MEMBUAT PERSEDIAAN SPM, SILABUS SETIAP MATA PELAJARAN MASIH BERJALAN SEPERTI BIASA. TIDAK NAMPAK LAGI KERISAUAN PELAJAR KETIKA ITU. SAYA MULA MEMBUAT TINDAKAN SEGERA MENGADAKAN KELAS TAMBAHAN/TUITION BERBAYAR MELALUI KOPERASI SEKOLAH, HANYA SEPARUH SAHAJA PELAJAR TKT. 5 AMBIL BAHAGIAN. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK DIPERGIATKAN DENGAN MENUBUHKAN JK PENINGKATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN PROGRAM BERMULA. SEHINGGA BERMULA SPM, TIADA KEYAKINAN CEMERLANG KEPUTUSAN SPM. AWAL TAHUN 2011 BERBAGAI PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN. SETIAP PELAJAR WAJIB MENYERTAI TUTION SEBELAH MALAM, TRANSFORMASI DALAM PENTADBIRAN DAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK DILAKSANAKAN DENGAN HARAPAN PELAJAR BERSEDIA LEBIH AWAL. KEPUTUSAN SPM 2010 TIDAK MENGGALAKAN, SPM 2011 BAKAL MELIHAT KEJAYAAN BERSAMA TRANSFORMASI TERANCANG. PELAJAR DAN GURU PERLU TRANSFORM DEMI KECEMERLANGAN SMTM DI MASA HADAPAN.

No comments: