Wednesday, June 22, 2011

SAYANGI ANAK ANDA


HARI BAPA SEDUNIA TAHUN 2011 JATUH PADA;

19 JUN



Bertuah lah bapa-bapa yang diraikan oleh anak-anak pada tarikh keramat bapa-bapa sedunia. Bapa yang perlu disayangi ialah yang bertanggungjawab dan menyayangi anak-anaknya. Memang wajar lah bapa disayangi pada hari ini dan dilain-lain hari kerana bapa itu sebagai pendidik, tegas tetapi penyayang, pencari rezeki, pemimpin, dll.
Wahai para remaja, sayangilah bapa kamu sepertimana mereka menyayangi kamu. Bapa tak pernah kenal jemu dan putus asa, mereka tegas di siang hari sebenarnya mereka menangis di malam hari memohon agar Allah memberi pelindungan kepada mereka. Jadilah anak yang mengenag jasa walaupun itu bukan permintaan bapa, kejayaan dan kebahagian anak-anak harapan kami para bapa. Bapa yang cemerlang mampu menjadikan keluarga yang cemerlang.

Friday, June 17, 2011

APA NASIB SMT ASAL ATAU 'TECHNICAL INSTITUTE,TI'

Sudah hampir menjadi kenyataan, 78 buah sekolah vokasional akan dinaik taraf kepada Kolej Vokasional, saya dah berani menguar-uarkan kerana Tuan Pengarah dah yakin ianya akan menjadi realiti pada tahun 2013. Pengetua-pengetua SMV kini juga harus yakin akan berlaku transformasi dan tiada keraguan dan perlu membuat persediaan rapi. Saya tertarik juga kepada keluhan seorang pengetua, sebelum transformasi SMV ke Kolej Vokasioanal itu terjadi, yang perlu dilihat juga ialah transformasi sikap guru-guru yang ada di SMV berkenaan. Memang betul apa yang diragui oleh pengetua tersebut, maka saya menyarankan kepada semua guru-guru SMV yang belum mencapai KPI sikap hendaklah membuat transformasi secara drastik, sikap-sikap negatif tidak boleh dibiarkan berterusan dan tidak perlu tempoh tertentu untuk berubah. Anda guru-guru bakal bergelar pensyarah atau lain-lain nama yang lebih menguja. Syabas Cikgu...
Sepuluh buah SMT akan dikekalkan seperti sediaada atau lain perkataan tiada perancangan transformasi berlaku buat ketika ini... SMT yang bakal kekal ialah 8 SMT asal iaitu JB, Melaka, Seremban, Kuala Lumpur, Alor Setar, TARP, Kuantan dan Terengganu, 2 SMT yang lain iaitu Sejingkat dan Likas. SMT Ipoh akan transform kepada Kolej Vokasional. Seperti yang kita maklum, ramai lepasan SPM dari setiap SMT asal telah berjaya dalam bidang masing-masing sebagai jururunding, jurutera dan ada juga sebagai ahli perniagaan yang berjaya. Tidak dinafikan sumbangan mereka amat ketara kepada pembangunan negara. Ini bermakna SMT asal telah menunjukan kejayaan melahirkan para profesional.
Kolej Vokasional seperti yang di maklumkan, bakal mengeluarkan tenaga kerja mahir dalam bidang vokasional dan setara dengan Sijil Kemahiran Tahap 4 akan menganugerahkan sijil Diploma Vokasional ini mampu menarik lebih ramai pelajar-pelajar lepasan PMR, manakala nanti pada tahun 2013, dibimbangi tiada calun yang akan ke SMT asal. SMT asal mesti mempunyai keistimewaan tertentu yang tidak terdapat di sekolah-sekolah harian maupun di SBP sekiranya ingin kekal sebagai institusi yang membekalkan bakal-bakal profesional, maka itu SMT asal perlu menghadapi transformasi selari dengan transformasi vokasional sekarang, bagaimana nasib SMT asal bergantung kepada pencinta bidang teknikal dan kejuruteraan, wallahualam...

Tuesday, June 14, 2011

KAT 2011 KEBANGSAAN MELABUH TIRAI

KEJOHANAN ANTARA TEKNIK (KAT) 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN TELAH DIADAKAN DI SMV DAN SMT KUANTAN DARI 7 HINGGA 12 JUN 2011. MAJLIS PENUTUP TELAH DIRASMIKAN OLEH TUAN PENGARAH BPTV, TN HJ AHMAD TAJUDDIN BIN JAB MULAI JAM 4.30 PETANG, 12 JUN. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA ZON PERAK YANG TELAH MENJADI JUARA KESELURUHAN KAT 2011. SYABAS JUGA DIUCAPKAN KEPADA PENGELOLA KAT KALI INI IAITU ZON PAHANG DAN SETERUSNYA SEMOGA ZON P.PINANG MENGAMBIL CABARAN BAGI MENGELOLA KAT 2012 YANG AKAN DATANG.
PENGETUA-PENGETUA SMT DAN SMV BERKESEMPATAN MENGADAKAN MESYUARAT KALI KE DUA MULAI 10 JUN HINGGA 12 JUN. BANYAK MAKLUMAT YANG TELAH DIPEROLEHI DARI SETIAP SESI YANG TELAH DIADAKAN. DIUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA URUSETIA KERANA MEMBUKA PELUANG SESI BERDIALOG BERSAMA TUAN PENGARAH DAN SESI PEMBENTANGAN ISU-ISU DARI SETIAP ZON. DIUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PIHAK DARI BPTV YANG TELAH MEMBERIKAN RESPON KEPADA ISU-ISU YANG DIBENTANGKAN. DIHARAPKAN SEMUA PIHAK MENGAMBIL IKHTIBAR YANG POSITIF. MESYUARAT SEPERTI INI BANYAK IMPAK POSITIF YANG DIPEROLEHI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KAEDAH INPUT SEHALA. SYABAS URUSETIA MESYUARAT, PERLU ADA TRANSFORMASI DALAM PENGELOLAAN MESYUARAT SUPAYA TIDAK BOSAN TETAPI BERINFORMASI DAN TELUS.

Saturday, June 11, 2011

MESYUARAT PENGETUA-PENGETUA SMT/SMV BIL.2/2011

Mesyuarat Pengetua-pengetua SMT dan SMV Kebangsaan Bil. 2/2011 telah bermula semalam 10/Jun jam 8.30 malam. Semua pengetua telah hadir kecuali beberapa orang yang menghantar wakil atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. Mesyuarat ini amat bermakna bagi kami selain dari dapat bertemu rakan sejawat dari seluruh negara, kami dihidangkan dengan maklumat-maklumat terkini. Maklumat yang terkini lagi panas adalah Transformasi PTV dari SMV kepada Kolej Vokasional. Wajah- Timbalan-timbalan Pengarah nampaknya lebih ceria dan puas kerana sejak berita transformasi ini diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, ini kali pertama mereka berhadapan dengan para pengetua smt/smv. Keyakinan bahawa transformasi Kolej Vokasional akan menjadi kenyataan semakin menebal, gaya pembentangan pun nampak lebih bersemangat. Pada pagi 11/Jun jam 8.30 am, kelihatan Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajudin b. Jab melangkah masuk ke dewan mesyuarat di Hotel Grand Continental,Kuantan. Kali ini nampaknya beliau lebih ceria dan tersenyum sambil menyambut bersalam tangan dengan pengetua-pengetua. Dalam ucaptama beliau, topik paling digemarinya kali ini ialah transformasi Kolej Vokasional, bahan yang dibentang pun di antara perkara yang akan dibentang dalam Mesyuarat Kabinet pada 22 Jun akan datang, katanya. Ucapan kali ini tidak begitu panjang, cuma 1 jam, kerana telah lebih 2 kali disebut dalam meyuarat seperti ini. Hasil usaha BPTV untuk mendapat restu menteri sudah sampai di peringkat terakhir dan yakin positif keputusannya. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan bekerja keras. Penubuhan Kolej Vokasional pada tahun 2013 boleh dibayangkan, BPTV bakal mengukir sejarah mentransformkan PTV.

Thursday, June 9, 2011

SMTM JIMAT RM40,000

Cuti sekolah staf sokongan SMTM melakukan kerja-kerja gotong royong menceriakan sekolah. Sehingga hari ini sebanyak 2 blok asrama 2 tingkat telah dicat dengan warna baru. Kini sedang mengecat tingkat bawah Blok Pentadbiran. Jika dibuat anggaran kos membeli cat adalah jauh lebih kecil dari mengupah kontraktor, kira-kira sebanyak RM40,000 telah dapat dijimatkan berbanding dengan upah kontraktor. Tempat kerja perlu ceria dan cantik dipandang mata baru semangat untuk bekerja meningkat. Pada masa sekarang tidak mudah nak dapat peruntukan untuk mengecat bangunan, dengan cara gotong royong, selain dapat menjimatkan kewangan kerajaan, dapat memantapkan lagi kerja sepasukan. Sekolah yang ceria dan cantik pemangkin kepada setiap kecemerlangan. terima kasih kepada semua staf sokongan yang terlibat dan pekerja kontrak kebersihan yang memberi kerjasama dan bantuan.

KELUARGA KU SUMBER INSPIRASI

Jadi Pengetua sekolah adalah platfom terbaik bagi seseorang pentadbir dan pengurus. Pengetua juga sebagai ketua, kaunselor dan motivator sekolah kerana bukan sahaja mengurus manusia tetapi juga mengurus harta benda kerajaan samaada yang tetap maupun yang mudah aleh. Pendekata jadi pengetua wajib tahu dari a hingg z kerana semuanya tertanggung atas bahu dan minda pengetua itu. Lebih-lebih lagi bagi sekolah yang ada asrama beban fikiran jadi 300% kali ganda. Pengetua bagi sekolah tanpa asrama, boleh duduk rehat di rumah bersama keluarga selepas jam 5 petang, kami pengetua yang ada asrama belum boleh relax selagi pelajar asrama belum tidur malam. Selagi mereka berjaga, selagi itulah minda pengetua dihantui kerisauan. Bagi Pengetua yang berjauhan dengan keluarga sentiasa menghitung hari untuk bertemu keluarga semula samaada seminggu sekali atau 2 minggu sekali. Bila jumpa ahli keluarga masa itulah fikiran boleh bertenang dan terhibur melihat telatah anak-anak di rumah. Cuti baru-baru ini adalah masa untuk bergembira bersama keluarga, kami ke Pulau Pangkor, Perak dan bermalam di Marina Cove, Lumut. Keluarga ku adalah sumber inspirasi bagi meneruskan perjuangan yang tidak pernah kenal jemu dan putus asa. Kejayaan anak didik di sekolah faktor kecemerlangan masa depan.

KAT KEBANGSAAN 2011

Kejohanan Antara Teknik bagi tahun 2011 telah pun bermula hari ini. Kontinjen Melaka-NS telah mula bergerak ke destinasi kejohanan iaitu SMV/SMT Kuantan pada 7 Jun yang lalu. Ketua Kontinjen Zon Melaka-NS ialah En. Ali b Nyat, GPK Kokurikulum SMTM telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi lawan dari seluruh negara. Selaku pengerusi Zon saya mengucapkan syabas dan semoga berjaya kepada semua pasukan yang mewakili Zon Melaka-NS. Selaku Pengetua SMTM, mengucapkan syabas juga kepada pasukan Bahas B.Inggeris SMTM yang mewakili zon kita. Mudah-mudahan dengan berkat usaha pasukan dan guru pembimbingnya Pn Fazilah Dahaman, berjaya membawa pulang piala Dato' Azmi ke SMTM khasnya dan ke Zon Melaka-NS amnya. Selamat berjuang kepada semua anggota kontinjen dan moga berjaya dengan cemerlang.

Thursday, June 2, 2011

MESYUARAT PENGETUA SMT SMV MELAKA-NS BIL.4/2011

TERIMA KASIH KEPADA PENGETUA SMT DLM, REMBAU KERANA TELAH MENYEDIAKAN RUANG UNTUK MESYUARAT PENGETUA SMT/SMV ZON MELAKA-NS BIL. 4/2011. TAHNIAH KEPADA SEMUA PENGETUA KERANA KEHADIRAN HARI INI 100% WALAUPUN DALAM SUASANA CUTI SEKOLAH SEKARANG INI. KOMITMEN RAKAN PENGETUA DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH. PROGRAM ZON YANG TELAH DIRANCANG PADA AWAL TAHUN, KINI SUDAH 85% TERLAKSANA DENGAN JAYANYA. KEJOHANAN ANTARA TEKNIK (KAT) ZON MELAKA-NS TELAH PUN SEMPURNA DILAKSANAKAN, TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA MEWAKILI ZON KE KAT KEBANGSAAN YANG AKAN DIADAKAN DARI 7 HINGGA 12 JUN AKAN DATANG. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA SEKOLAH PENGELOLA KEJOHANAN.
TAHNIAH JUGA KEPADA SMT/SMV YANG TELAH MENCIPTA KECEMERLANGAN DALAM PROGRAM KOKURIKULUM DAN KOAKADEMIK DIPERINGKAT NEGERI. SEMOGA SMT/SMV SENTIASA MENCIPTA NAMA BAIK DAN MENINGKATKAN IMEJ DI MATA MASYARAKAT. SELAKU PENGERUSI ZON SAYA BERBANGGA DENGAN KOMITMEN RAKAN PENGETUA SEMUA.