Saturday, June 11, 2011

MESYUARAT PENGETUA-PENGETUA SMT/SMV BIL.2/2011

Mesyuarat Pengetua-pengetua SMT dan SMV Kebangsaan Bil. 2/2011 telah bermula semalam 10/Jun jam 8.30 malam. Semua pengetua telah hadir kecuali beberapa orang yang menghantar wakil atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. Mesyuarat ini amat bermakna bagi kami selain dari dapat bertemu rakan sejawat dari seluruh negara, kami dihidangkan dengan maklumat-maklumat terkini. Maklumat yang terkini lagi panas adalah Transformasi PTV dari SMV kepada Kolej Vokasional. Wajah- Timbalan-timbalan Pengarah nampaknya lebih ceria dan puas kerana sejak berita transformasi ini diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, ini kali pertama mereka berhadapan dengan para pengetua smt/smv. Keyakinan bahawa transformasi Kolej Vokasional akan menjadi kenyataan semakin menebal, gaya pembentangan pun nampak lebih bersemangat. Pada pagi 11/Jun jam 8.30 am, kelihatan Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajudin b. Jab melangkah masuk ke dewan mesyuarat di Hotel Grand Continental,Kuantan. Kali ini nampaknya beliau lebih ceria dan tersenyum sambil menyambut bersalam tangan dengan pengetua-pengetua. Dalam ucaptama beliau, topik paling digemarinya kali ini ialah transformasi Kolej Vokasional, bahan yang dibentang pun di antara perkara yang akan dibentang dalam Mesyuarat Kabinet pada 22 Jun akan datang, katanya. Ucapan kali ini tidak begitu panjang, cuma 1 jam, kerana telah lebih 2 kali disebut dalam meyuarat seperti ini. Hasil usaha BPTV untuk mendapat restu menteri sudah sampai di peringkat terakhir dan yakin positif keputusannya. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan bekerja keras. Penubuhan Kolej Vokasional pada tahun 2013 boleh dibayangkan, BPTV bakal mengukir sejarah mentransformkan PTV.

No comments: