Friday, June 17, 2011

APA NASIB SMT ASAL ATAU 'TECHNICAL INSTITUTE,TI'

Sudah hampir menjadi kenyataan, 78 buah sekolah vokasional akan dinaik taraf kepada Kolej Vokasional, saya dah berani menguar-uarkan kerana Tuan Pengarah dah yakin ianya akan menjadi realiti pada tahun 2013. Pengetua-pengetua SMV kini juga harus yakin akan berlaku transformasi dan tiada keraguan dan perlu membuat persediaan rapi. Saya tertarik juga kepada keluhan seorang pengetua, sebelum transformasi SMV ke Kolej Vokasioanal itu terjadi, yang perlu dilihat juga ialah transformasi sikap guru-guru yang ada di SMV berkenaan. Memang betul apa yang diragui oleh pengetua tersebut, maka saya menyarankan kepada semua guru-guru SMV yang belum mencapai KPI sikap hendaklah membuat transformasi secara drastik, sikap-sikap negatif tidak boleh dibiarkan berterusan dan tidak perlu tempoh tertentu untuk berubah. Anda guru-guru bakal bergelar pensyarah atau lain-lain nama yang lebih menguja. Syabas Cikgu...
Sepuluh buah SMT akan dikekalkan seperti sediaada atau lain perkataan tiada perancangan transformasi berlaku buat ketika ini... SMT yang bakal kekal ialah 8 SMT asal iaitu JB, Melaka, Seremban, Kuala Lumpur, Alor Setar, TARP, Kuantan dan Terengganu, 2 SMT yang lain iaitu Sejingkat dan Likas. SMT Ipoh akan transform kepada Kolej Vokasional. Seperti yang kita maklum, ramai lepasan SPM dari setiap SMT asal telah berjaya dalam bidang masing-masing sebagai jururunding, jurutera dan ada juga sebagai ahli perniagaan yang berjaya. Tidak dinafikan sumbangan mereka amat ketara kepada pembangunan negara. Ini bermakna SMT asal telah menunjukan kejayaan melahirkan para profesional.
Kolej Vokasional seperti yang di maklumkan, bakal mengeluarkan tenaga kerja mahir dalam bidang vokasional dan setara dengan Sijil Kemahiran Tahap 4 akan menganugerahkan sijil Diploma Vokasional ini mampu menarik lebih ramai pelajar-pelajar lepasan PMR, manakala nanti pada tahun 2013, dibimbangi tiada calun yang akan ke SMT asal. SMT asal mesti mempunyai keistimewaan tertentu yang tidak terdapat di sekolah-sekolah harian maupun di SBP sekiranya ingin kekal sebagai institusi yang membekalkan bakal-bakal profesional, maka itu SMT asal perlu menghadapi transformasi selari dengan transformasi vokasional sekarang, bagaimana nasib SMT asal bergantung kepada pencinta bidang teknikal dan kejuruteraan, wallahualam...

No comments: