Sunday, August 21, 2011

API ! API ! API !

SMTM - Tanggal 19 Ogos baru-baru ini asrama SMTM digemparkan dengan teriakan api ! api ! api ! bermula jam 3.30 pagi dengan diiringi bunyi siren kebakaran. Kelihatan waden asrama dan sebilangan pelajar asrama bergegas ke dorm bagi memastikan setiap pelajar telah bangun untuk menyelamatkan diri. Kedengaran sayup-sayup bunyi siren bomba dan dalam beberapa minit sahaja dua buah trak bomba telah tiba di tempat perhimpunan kebakaran. Seorang anggota bomba telah mendapatkan laporan daripada seorang waden pada pagi tersebut. Dalam beberapa minit kemudian beberapa orang pelajar aspura telah dibawa ketempat perhimpunan. Setelah semuanya berhimpun, ketua pasukan bomba En Ayub menyampaikan laporan dan komen, antara lain beliau memaklumkan bahawa masa yang diambil oleh pelajar berhimpun adalah 15 minit tetapi beberapa orang pelajar yang lewat dikatakan terkorban. Pengetua SMTM dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat dari Ayer Keroh, Melaka seramai 14 orang kerana komitmen mereka dalam menjayakan program latihan kebakaran peringkat asrama SMTM. Hadir sama ialah GPK Hem, Ketua Waden, Ketua Penyelia Asrama dan waden-waden asrama (En Rosmainy, Pn Fazilah, Cik Cahaya, Cik Faraelyza, En Halim dan Cik Nor Ain). Sebaik sahaja selesai program latihan kebakaran pada jam 4.30 pagi, kami warga SMTM bersama-sama dengan anggota bomba bersahur di dewan makan asrama. Ini adalah latihan kebakaran di asrama pertama kali dalam tempoh se dekad di SMTM. Semoga pelajar-pelajar asrama menjadikan iktibar dari peistiwa semasa latihan dilaksanakan. Jangan jadikan mengantuk sebagai alasan tidak mahu menyelamatkan diri anda. Selamatkan diri anda terlebih dahulu, bantulah rakan-rakan yang lain jika ada peluang dan ruang.

No comments: