Saturday, August 20, 2011

KASIH SMTM KE PAYASUM

SMTM- Pada 22 Ogos yang lalu, sekali lagi SMTM menganjurkan program khidmat masyarakat di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Kali ini anak-anak yatim dan miskin PAYASUM menjadi pilihan. PAYASUM ialah Pertubuhan Anak-anak Yatim dan Miskin Paya Rumput, Sg.Udang, Melaka. Seramai 110 orang pelajar Tingkatan 5. Pelajar-pelajar SMTM telah bergotong royong menyediakan sajian berbuka puasa dan menyusun kerusi meja bersama-sama dengan warga PAYASUM, pembekal makanan juga di bawa oleh SMTM. Terdapat 106 anak-anak yatim dan miskin di PAYASUM yang terdiri lebih kurang 80 orang perempuan dan 35 lelaki berumur dari 9 hingga 17 tahun. Sebelum berbuka, Ustaz Mohd Yusof guru sukarela dan Bendahari PAYASUM telah sempat mengadakan tahlil. Penyelia PAYASUM, Tn Hj Sopian juga salah seorang Lembaga Pengarah PAYASUM telah menyambut dan mengalu-alukan kehadiran Pengetua dan GPK HEM Sekolah Menengah Teknik Melaka kerana sudi bersama-sama menjayakan program. Setelah berbuka, kami menunaikan solat maghrib berjemaah dan disambung dengan tazkirah. Setelah solat isyak dan tarawih, majlis ucapan telah diadakan di perkarangan asrama puteri di situ. Pengetua SMTM dan Penyelia PAYASUM telah menyampaikan ucapan dan diteruskan dengan penyerahan hadiah-hadiah oleh setiap pelajar SMTM kepada setiap anak-anak yatim dan miskin PAYASUM. Pelajar Kelas 5A1 telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Penyelia. Kami warga SMTM mula meninggalkan PAYASUM jam 10.00 malam. Terima kasih kepada pihak PAYASUM dan guru-guru SMTM (Pn Sharifah dan En Rosmaini) yang bersama-sama menjayakan program. Harapan kami agar warga SMTM diberkati atas keprihatinan terhadap anak-anak yatim dan miskin.

No comments: