Pelajar sejati adalah insan yang mempunyai budaya belajar. Belajar tiada hadnya, selagi nyawa dikandung badan, selagi otak boleh berfikir, selagi ada kuderat. Budaya belajar memudahkan segala usaha, menyuluh jalan yang gelap, mencukupkan yang kurang, terjelma segala impian. Budaya belajar tidak mudah diperolehi jika hati tak cekal, jika semangat tak kental, jika usaha sambil lewa, umpama batuk di tangga, jika mudah putus asa, jika suka mengikut hati, jika suka mengikut nafsu, jika suka ikut rasa, jika tak pandai urus masa, jika tak hormat orang tua, tidak tahu pahala dan dosa.
Wahai anak didik SMTM, tahun 2011 sudah enam bulan berlalu, kamu wajib melakukan transformasi diri bagi menjamin kejayaan kamu. Hanya 2 tahun kamu berada di SMTM, janganlah dipersia-siakan. Ingatlah, kehadiran kamu di SMTM tidak di tawarkan, tetapi kamu yang mencari, justeru tanya pada diri kamu, kenapa kamu ke sini, adakah hanya untuk menghabiskan masa remaja kamu, adakah ke sini hanya untuk mengukir nama yang tidak bermakna atau tak tahu kenapa........
Berbagai program diwujudkan semata-mata untuk kamu membiasakan diri mengutamakan belajar, kami risau kini kerana belum nampak petanda-petanda kamu dah bijak mengurus diri. Hanya 4 bulan lagi untuk kamu diuji, pelajar Tingkatan 4 untuk berhadapan dengan peperiksaan akhir tahun, pelajar tingkatan 5 berhadapan dengan SPM. Janganlah lagi berdolak dalik dengan guru, laksanakan saja apa yang disuruh, setiap suruhan yang dilaksanakan itu akan meningkatkan nilai diri. Percayalah, jika budaya belajar sudah sebati pada diri kamu, kejayaan dan kecemerlangan akan menanti. Selamat belajar, didoakan kamu semua diberkati. Amin.......

1 comment:
kejayaan ada hanya selangkah dihadapan malahan kegagalan berada seribu langkah di belakang....
kerana;
kejayaan adalah naluri fitrah manusia untuk meraih kejayaan...
manakala;
kegagalan adalah lahir dari sikap yang tak jujur dari diri sendiri...
maka;
rebutlah peluang kehidupan ini dengan kejayaan... didunia dan keberkatan untuk akhirat...
dalam mengisi masa 2 tahun diSMTM, sewajarnya para pelajar mengambil sikap yang cukup matang dalam setiap tindakan dan pemikiran...
Jadikanlah bumi dan bumbung SMTM ini sebagai tapak untuk mengorak langkah kejayaan yang mendatang...
InsyaALLAH, anda akan mewarisi budaya kejayaan ini melalui proses pembelajaran kehidupan..
Post a Comment